TERMA DAN SYARAT AM

Pihak penganjur, DDNK Holdings (“Penganjur” atau “DDNK Holdings”) dengan ini menerima bahawa anda telah bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:-

1. Semua bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi dalam platform ini adalah hak intelek Penganjur dan sebarang penggunaannya adalah tertakluk kepada undang-undang harta intelek iaitu Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cap Dagangan 2019. Dilarang sama sekali pengulangan cetak atau penerbitan atau penyebaran semula bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi yang digunakan. 
Sebarang rakaman audio, visual, kamera atau seumpamanya TIDAK dibenarkan dan pihak penganjur berhak mengambil tindakan sewajarnya termasuklah tindakan undang-undang.

2. Penganjur MELARANG mana-mana pihak daripada mengadakan latihan seumpama ini atau menggunakan nama dan kaedah seumpamanya tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penganjur yang merupakan pemilik sah harta intelek berkaitan dengan program ini. 


3. Penganjur MELARANG sebarang kegiatan seperti mengambil data/butiran peserta, menjual barang atau apa-apa jua aktiviti yang tidak mendapat kelulusan bertulis daripada Penganjur.

4. Anda mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang penyertaan.

5. Penganjur berhak membatalkan penyertaan anda sekiranya anda mengingkari atau melanggari mana-mana syarat penyertaan yang dinyatakan dengan serta-merta dan yuran penyertaan program tidak akan dikembalikan.

6. Sebarang PERUBAHAN TARIKH, MASA dan LOKASI adalah tertakluk kepada pihak penganjur. Segala kos yang ditanggung adalah atas tanggungjawab peserta sendiri.

7.Peserta TIDAK BOLEH MENUKAR ATAU MENUNDA ke tarikh atau seminar yang lain

8. Hanya peserta yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar dan/atau menyertai program ini.

9. Pihak penganjur akan memastikan maklumat peribadi peserta dipatuhi mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan tidak akan mendedahkan kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan untuk apa jua tujuan.

10. Pihak Penganjur berhak untuk menunda sebarang tarikh, membatalkan atau menukar cara penyampaian tanpa sebarang notis.

BAYARAN

11. Semua pembayaran yang telah dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN mahupun ditukar ke mana-mana program lain dibawah anjuran pihak penganjur. 

12.Tawaran harga diskaun/promosi hanya tertakluk kepada waktu yang telah ditetapkan oleh penganjur sahaja. Sebarang pembayaran pendahuluan/penuh TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN selepas tamat tempoh promosi bagi tujuan pembatalan penyertaan atau pengurangan jumlah bayaran.

LINK AKSES

13. Anda akan menerima kata laluan untuk akses platform hanya selesai proses pendaftaran. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk tidak berkongsi kata laluan dengan orang lain atau menjual link akses tersebut kepada orang lain.

14. Adalah menjadi tanggungjawab anda juga untuk memanfaatkan modul yang dikongsikan dalam platform tersebut. Pihak penganjur tidak akan bertanggunjawab atas sebarang situasi. Tiada sebarang penggantian, ulangan atau penundaan dibenarkan selepas anda berjaya mendaftar.

15. Anda mestilah memastikan semua kelengkapan bagi tujuan program adalah dalam keadaan terbaik termasuklah rangkaian internet.

PROGRAM

16. Program ini adalah bertujuan pendidikan sahaja serta tidak akan memberitahu produk mana patut dibeli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk MELABUR adalah KEPUTUSAN SENDIRI.